Wednesday, December 23, 2009

Happy Christmas

Happy Krismas dan selamat bercuti hujung minggu ...
kzue taktau lagi nak kemana lagi cuti ni ... aser mcam duk umah jerlah kot. boleh jer kzue cuba masakan baru ..hehehe byak dah resipi kzue simpan nie ... time2 cutilah kzue leh masak2 utk keluarga. yang pasti, kalau sedap .. boleh cuba lagi tapi kalau tak sedap atau tak jadi .. mulalah malas dah nak cuba ..:))

Wednesday, December 16, 2009

Awal Muharram dan Hujung Minggu Yang Sibuk

aduss lamanya kzue dok menaip cerita ceritu nie ... hehehe sejok2 banjir ari tu .. habih seme idea pun hanyut sama. wakakaka

hari ni kamis .. esok awal muharram .. bemakna esok bermulalah tahun baru dalam kalendar islam ... sekejap jer kan ..masa berlalu. tapi tiba2 terpikir pulak .. hari raya haji lepas jatuh jumaat, awal muharam pun jatuh jumaat dan hari raya poser tahun depan pun jumaat kan ....

malaslah kzue nak berazam ... yang pasti kerja tetap kerja dan keluarga tetap diutamakan. hujung minggu nie kzue kena siapkan semua keperluan anak sekolah ... adusssss byk benda nie.

malam nie dah kena rancang nak ke mana esok utk beli peralatan sekolah dan pakaian sekolah. ez dan adik bukan main lagi suka sbb nak pergi beli keperluan diaorang .. kzue pun dah mitak diaorang listkan apa yang perlu di beli. mesti panjang berjela lah tu .............:))




Sunday, December 6, 2009

Gelombang Ke2 - Banjir Taman Desa Pusu 3

Air dah mula melimpah kat longkang depan rumah

air dah mula memasuki pagar umah kzue


kzue dah pun packing semua barang2 yang perlu di bawa ke pusat pemindahan banjir

tq banyak Mc Donalds, kerana sudi melawat kat pusat pemindahan dan memberi sumbangan kepada kanak2 termasuklah anak2 kzue ...


Alamak tak nampaklah wajah PM .. sibuk ngan press kat depan tu ..


tq PM kerana sudi melawat semua mangsa banjir .. dan memberi sumbangan kepada kami


alahaiiii kzue berpindah skali lagi ke pusat pemindahan banjir - Sek. Keb. Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu pada 02/12 - 06/12/09 (5 hari).

baru 2 hari kzue balik rumah ... tiba2 ujan turun dgn lebatnya yang menyebabkan air naik smula kat Taman kesayangan kami. malam tu ujan lebat sgt2 ... diikuti guruh dan petir. menjelang kul 3.00 pagi air dah melimpah sampai kat depan umah kzue. hati dah berdebar2 .. maklumlah baru lepas basuh umah .. takkan nak kena pindah umah smula. uwa..uwaaaaaa

jam 7.00 pagi .. kzue sekeluarga terpaksa keluar dari rumah kerana air dah hampir paras lutut. kemana lagi kalau tak ke pusat pemindahan banjir .... adusssssss sedihnyerrrrrr

5 hari jugaklah kami sekeluarga berada di pusat pemindahan banjir, nak buat camana .. terpaksalah ... lagipun kami nak duduk mana lagi .. uwa..uwa..uwaa. Nasib baik anak teruna kzue dah awal lagi kzue hantar umah abang dan kakak ipar kzue, tinggal adik jerlah yang bersama kzue di pusat pemindahan.

Sekali lagi tima kasih banyak2 kzue ucapkan kepada pihak JKM (yg tak jemu2 melayan kerenah kami mangsa2 banjir ni), pihak PBSM (yang sudi datang memasak), Polis DiRaja Malaysia, JPA 3, Bomba, press yang sentiasa datang menemuramah kami .. (hinggakan kzue kadang2 takut bila tengok press - sbb tempohari dah keluar paper gambor kzue sekeluarga .. hehehe), pihak2 penaja yang sudi memberi sumbangan (Mc Donalds, orang2 persendirian dll). Budi baik kalian semua diucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.