Tuesday, January 26, 2010

Kursus

Sejak2 kzue bertukar ke Pejabat Baru nie, jarang sekali leh taip citer kat blog ... entahlah kekadang tu sibuk memanjang ... dan kekadang sajerlah buat2 sibuk .. hehehehe

hari ni dan esok kzue berkursus di Komplek Kuliah, Kursus Microsoft Word 2007 dan Excel. Lamanya tak dpt offer kursus ... suka jugaklah dpt jumpa kawan2 seangkatan dan sekepala. mulalah macam2 citer yang kuar .. ada yang jenis gosip, cerita benar, terjah pun ada ..hehehehehe macam melodi lak.

tapi tak perlah ... itu adalah asam garam dunia belaker kan ... janji kita semua bahagia ngan kehidupan masing2.

Monday, January 11, 2010

Tahniah Adik ...


Muka pun cam dok best jer tu .... hehehehe

senyum paksa ke tu ..ez

ayu nya adikkkk .....
comel berpakaian sekolah .... hehehehe

TAHNIAH Adik ... sbb dapat naik kelas ... usaha pertama adik berjaya ... baru masuk minggu ke2 adik masuk skolah ... diberi ujian dan lulus dengan jayanya. Dptlah dia naik kelas terbaik ....
Semoga kejayaan akan berterusan .....

Tuesday, January 5, 2010

Sekolah

05/01/2010 (Selasa)

Anak2 kzue baru bermula sekolah sesi 2010, nak buat camana .. kami semua ke KL ziarah bapa sedara kzue meninggal.

Ez.........

Macam biasa tak der masalah .... ok jer ..cuma kekadang bangun pagi tu liat skit. Tahun ni dah masuk tahun 4 .. harap2 semakin rajin dan kuat berusaha dlm pelajarannya.

Walaupun kadang2 ez nie kuat main .. tapi kzue tengok belajar ok jugak. Cuma ada malas jer skit ..hehhe budak2.

Adik Na..........

pun sama suka nak g skolah ... walaupun tahun ni baru masuk tahun 1 ... katanya tak sabar nak jumpa kawan2 baru dan kawan2 lama masa di pra tahun lepas. Adik nie mmg rajin sgt2 .. senang jer dia ... kzue ator g skolah ... terus tinggal jer .. tak payah nak tunggu2. siap cakap .. "umi balik ah .. .nanti mari ambik adik kul 12.30" ... heheheeh lega asernya.

TAKZIAH

02/01/2010 (sabtu)

sibuk2 bersiap utk persiapan anak2 kzue masuk sekolah ... tup2 terima call mengatakan bapa sedara kzue yang tinggal kat Klang, sakit tenat di Hospital Sultanah Aminah, Klang.
03/01/2010 (ahad)

nak tak nak .. kami sekeluarga (abang , kakak ipar, hubby, adik na dan kzue) bergegas ke KL esoknya. sampai di Hentian R&R Genting Sepah kat Karak, terima call skali lagi mengatakan bapa sedara k.zue dah pun meninggal jam 4.30 petang. kami teruskan perjalanan ke Klang walaupun masa tu, semua terdiam dlm kereta. Kami sedih dan terkilan kerana hajat untuk jumpa beliau kali terakhir tak kesampaian.
jam 9.30 malam kami sampai di rumah ayah ngah (lewat sampai kerana kami sesat dlm perjlanan) maklumlah kzue dan keluarga mmg jarang ke KL.

04/01/2010 (Isnin)

Persiapan pengebumian ayah ngah ... kami juga turut sama. Jam 11.00 pagi urusan pengebumian selamat semuanya.
Arwah ayah ngah ... muda lagi baru masuk 49 tahun ... setahu kzue dia mmg ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung ... dia meninggal kerana penyakit jantung.
Ya Allah Kau tempatkanlah Ayah Ngah Bersama2 dengan org2 yang beriman...aminnnn
Al Fatihah