09 Mei 2010
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu, semoga ibu2 bahagia dan gembira bersama keluarga masing2.
Hari ni, benar2 mengingatkan kzue pada arwah cik (panggilan kepada ibu kzue). Rindu kepada gelak tawanya, usikannya, nasihatnya terutama bebelannya .... kekadang masih terngiang2 ditelinga ... yang paling kzue rindui ialah masakannya .... masa kzue kecik2 dulu hanya arwah cik sorang yang membesarkan kzue dan abang. Ianya kerana arwah cik kzue berpisah ngan ayah kzue semasa kzue bersekolah rendah. Susah senang kehidupan kami semuanya ditanggung oleh arwah yang sememangnya seorang yang cekal dan tabah hadapi dugaan hidup. Bersusah payah bekerja utk membesarkan dan menyekolahkan kami 2 beradik .. jasa nya tidak akan kami lupa selama-lamanya.
Selepas ketiadaannya ... kesunyian amat ketara sekali dirasai. Terutama apabila keluarga kami berkumpul di rumah arwah .... kekadang terasa seperti arwah masih ada lagi bersama kami. Saat itulah tanpa disedari airmata mengalir. Sudah 3 tahun arwah meninggalkan kami semua ... tapi ingatan tetap utuh dan kami sentiasa merinduinya. Terutama anak kzue yang sulung Faez .. (cucu paling rapat dgnnya). Maklumlah masa Faez kecil dia tak benarkan kzue tinggalkan Faez kat taska ... sebaliknya dia yang menjaganya .. sehingga berumur 1 tahun. Sehingga hari ni pun, anak kzue ... sentiasa sebut2 arwah toknya ... masih rindu katanya ... :((
Semoga rohnya dicucuri rahmat .... amin .. Al Fatihah.