Monday, December 27, 2010

Cuti Hujung Tahun

23/12/2010 (Khamis)

Malam kzue sekeluarga menaiki bas Sani Ekspress, jam 10.00 bertolak ke KL.  Alhamdulilah perjalanan kami memang best sekali .. anak2 kzue senyum lebar sbb bleh naik bas 2 tingkat.  yang diidam2kan oleh mereka selama ini.  Maklumlah tak pernah sebelum ini menaiki bas 2 tingkat .. hanya melihat sahaja.

24/12/10 (Jumaat)

Jam 5.00 pagi kami semua sampai di Perhentian Putra, dan jam 6.30 pg anak sedara kzue datang ambil.

ALhamdulilah semuanya berjalan lancar .. anak2 pun semuanya gembira jer .. maklumlah dah lama kami tak bercuti. 

tempat pertama kami semua pergi ialah ke Mid Valley ... sempatlah shoping apa yang patut di situ ... sambil jalan2, makan2 dan cuci mata .:))

Malam pula kami ke Chow kit road .. sempatlah membeli belah apa2 yang patut. W''pun kekadang takut jugak ..sbb kawasan tu rupanya penuh ngan mak2 indon.

25/12/10 (Sabtu)
Keesokannya kami semua ke Sogo plak ... sempat jugak beli belah .. makan2 dan cuci mata .. hahahahahha

Petang pulak anak sdara kzue yang sorang lagi dtg ambik bawa ke Shah Alam ... sempat la pulak ke Putrajaya ... memang cantik sgt permandangannya .... ingatkan nak terus singgah ke bandar ICT tetapi terlalu jem .... maklumlah semua cuti ... jalan pun sesak.

26/12/10 (Ahad)

Pagi .. kami semua ke Pasar Tani Shah Alam ... aduiii memang besar betul pasarnya .. lenguh kaki berjalan ...:))

Petang kerumah tok sedara kat Selayang ... malam balik ke Terengganu.

Perjalanan yang memenatkan dan mengembirakan .... iyerlah yang penting anak2 gembira ... maklumlah tak lama lagi skolah dah nak buka ... kesian lak sebab asyik memerap kat umah jer .... sekurang2nya .. terisi gak masa mereka dan jalan2 ni.

27/12/10 (Ahad)

Jam 5.00 pagi kami sekeluarga sampai ke Terengganu ..alhamdulilah perjalanan kami selamat .... semoga ada rezeki dan panjang umur .. tahun depan kami sekeluarga boleh jalan2 lagi .. aminnnn ...:))

































Majlis Hari Jadi Anjuran Kelab Pejabat Am FST


15/12/2010

Sambutan besday di Pejabat Am, FST anjuran Kelab diadakan .. memang meriah.  Kebetulan meraikan Majlis Perpisahan S.U Dekan yang telah bertukar ke Pejabat Pendaftar mulai 15/12/10.

Tima kasih kerana mendapat hadiah istimewa daripada Kelab.  Gembira sangat2 sbb sambutan secara beramai2 untuk yang lahir mulai bulan Oktober - Disember.














Sunday, December 5, 2010

Ulangtahun Ke-13

03/12

Tanggal 03/12/1997 adalah tarikh perkahwinan kzue ...:)) dan sekarang sudahpun 13 tahun kzue melayari kehidupan rumahtangga bersama Mohd Fauzi bin Awi, hubby tercinta ...muahhhhh ....:))

Alhamdulilah .. berkat kesabaran, ketabahan dan keutuhan hati yang tidak berpaling arah .. kami dikurniakan sepasang cahayamata.  Walaupun memang terlalu banyak dugaan dan cabaran yang diharungi diawal2 perkahwinan kami ...  tapi berkat semua yang diperkatakan tadi .. kehidupan kami sememangnya bahagia dan gembira.

Insyallah semoga kami sentiasa dilimpahi kebahagian, kegembiraan dan keberkatan dalam mengharungi hari2 yang mendatang.  Kzue sentiasa berdoa agar kami sekeluarga sentiasa saling sayang menyayangi dan diharpakan susah senang kami sentiasa akan bersama ... aminnnnnn.




Monday, November 29, 2010

Berganjak Lagi Usia Hari Ini

Hari ni berganjak lagi usia kzue ... aduss dah semakin tua dah nie ... :((

Masih duk ingat muda lagi kot .. hahahahaha.  Tanpa sedar ..begitu cepat masa berlalu, anak2 pun dah besar.  Anak sulung kzue baru lepas berkhatan minggu lepas .. (sekrg dah pun 10 thun) adik lak 7 tahun.  Bila anak2 dah besar tu yang .. duk rasa cam muda lagi tu ..:)) sebbnyer diaorang mmg dah pandai bawak diri ..

Alhamdulilah di atas segala pemberian dariNya .... semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kzue.. aminnnnn.

Sunday, November 7, 2010

Ayahanda Ali bin Hj. Mohd Zin ...Al Fatihah

03/11/2010 (Rabu)

Ayah pergi buat selama-lamanya .. kalau sebelum ini 26/04/2008 arwah cik telah pergi, kini giliran ayah pulak.  Pastinya Allah lebih menyayanginya daripada kami semua menyayanginya.  Kami semua redha dan terima ketentuan Ilahi ini, kerana ini selama ini kami selalu mendoakan yang terbaik utk ayah.

Ayah pergi kerana penyakit kanser yang dihidapinya, setelah seminggu menjalani kimoterapi pertama di HSNZ .. perubahan ketara, di mana ayah tidak boleh makan dan minum.  Akibat daripada itu, kesihatan ayah amat terganggu ... sehinggalah dia dibawa ke HSNZ sekali lagi dengan ambulan dalam keadaan kritikal, tetapi pada pagi 03/11/10 doktor mengesahkan bahawa ayah tidak mampu bertahan lagi ..

Betul jangkaan doktor pada jam 2.15 petang ayah pergi buat selama-lamanya.  Kzue sampai di HSNZ jam 2.20 ptg .. memang sedih sgt2 sbb tidak sempat bersama ayah diwaktu dia menghembuskan nafas akhirnya.  kzue tiada di sisinya waktu itu, dan itu jugaklah yang amat2 kzue terkilan hingga saat ini.  Tapi apakan daya mungkin sudah janji dariNya .. namun kzue redha.
Semoga roh ayah ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman ... amin

Monday, October 4, 2010

Ean dah besar ...















Inilah cucu sedara kzue ... Edrian .. dah pun masuk 6 bulan sekarang ni.  tapi semangat sungguh lah tubuhnyer .. hahahahah