sibuk2 bersiap utk persiapan anak2 kzue masuk sekolah ... tup2 terima call mengatakan bapa sedara kzue yang tinggal kat Klang, sakit tenat di Hospital Sultanah Aminah, Klang.
nak tak nak .. kami sekeluarga (abang , kakak ipar, hubby, adik na dan kzue) bergegas ke KL esoknya. sampai di Hentian R&R Genting Sepah kat Karak, terima call skali lagi mengatakan bapa sedara k.zue dah pun meninggal jam 4.30 petang. kami teruskan perjalanan ke Klang walaupun masa tu, semua terdiam dlm kereta. Kami sedih dan terkilan kerana hajat untuk jumpa beliau kali terakhir tak kesampaian.
jam 9.30 malam kami sampai di rumah ayah ngah (lewat sampai kerana kami sesat dlm perjlanan) maklumlah kzue dan keluarga mmg jarang ke KL.
04/01/2010 (Isnin)
Persiapan pengebumian ayah ngah ... kami juga turut sama. Jam 11.00 pagi urusan pengebumian selamat semuanya.
Arwah ayah ngah ... muda lagi baru masuk 49 tahun ... setahu kzue dia mmg ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung ... dia meninggal kerana penyakit jantung.
Ya Allah Kau tempatkanlah Ayah Ngah Bersama2 dengan org2 yang beriman...aminnnn
Al Fatihah
No comments:
Post a Comment