03/11/2010 (Rabu)
Ayah pergi buat selama-lamanya .. kalau sebelum ini 26/04/2008 arwah cik telah pergi, kini giliran ayah pulak. Pastinya Allah lebih menyayanginya daripada kami semua menyayanginya. Kami semua redha dan terima ketentuan Ilahi ini, kerana ini selama ini kami selalu mendoakan yang terbaik utk ayah.
Ayah pergi kerana penyakit kanser yang dihidapinya, setelah seminggu menjalani kimoterapi pertama di HSNZ .. perubahan ketara, di mana ayah tidak boleh makan dan minum. Akibat daripada itu, kesihatan ayah amat terganggu ... sehinggalah dia dibawa ke HSNZ sekali lagi dengan ambulan dalam keadaan kritikal, tetapi pada pagi 03/11/10 doktor mengesahkan bahawa ayah tidak mampu bertahan lagi ..
Betul jangkaan doktor pada jam 2.15 petang ayah pergi buat selama-lamanya. Kzue sampai di HSNZ jam 2.20 ptg .. memang sedih sgt2 sbb tidak sempat bersama ayah diwaktu dia menghembuskan nafas akhirnya. kzue tiada di sisinya waktu itu, dan itu jugaklah yang amat2 kzue terkilan hingga saat ini. Tapi apakan daya mungkin sudah janji dariNya .. namun kzue redha.
Semoga roh ayah ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman ... amin
2 comments:
Salam takziah uat Kak Zu sekeluarga, semoga roh ditempatkan di kalangan orang beriman, al-fatihah...
Takziah Kak Zu..
Post a Comment