Monday, December 27, 2010

Cuti Hujung Tahun

23/12/2010 (Khamis)

Malam kzue sekeluarga menaiki bas Sani Ekspress, jam 10.00 bertolak ke KL.  Alhamdulilah perjalanan kami memang best sekali .. anak2 kzue senyum lebar sbb bleh naik bas 2 tingkat.  yang diidam2kan oleh mereka selama ini.  Maklumlah tak pernah sebelum ini menaiki bas 2 tingkat .. hanya melihat sahaja.

24/12/10 (Jumaat)

Jam 5.00 pagi kami semua sampai di Perhentian Putra, dan jam 6.30 pg anak sedara kzue datang ambil.

ALhamdulilah semuanya berjalan lancar .. anak2 pun semuanya gembira jer .. maklumlah dah lama kami tak bercuti. 

tempat pertama kami semua pergi ialah ke Mid Valley ... sempatlah shoping apa yang patut di situ ... sambil jalan2, makan2 dan cuci mata .:))

Malam pula kami ke Chow kit road .. sempatlah membeli belah apa2 yang patut. W''pun kekadang takut jugak ..sbb kawasan tu rupanya penuh ngan mak2 indon.

25/12/10 (Sabtu)
Keesokannya kami semua ke Sogo plak ... sempat jugak beli belah .. makan2 dan cuci mata .. hahahahahha

Petang pulak anak sdara kzue yang sorang lagi dtg ambik bawa ke Shah Alam ... sempat la pulak ke Putrajaya ... memang cantik sgt permandangannya .... ingatkan nak terus singgah ke bandar ICT tetapi terlalu jem .... maklumlah semua cuti ... jalan pun sesak.

26/12/10 (Ahad)

Pagi .. kami semua ke Pasar Tani Shah Alam ... aduiii memang besar betul pasarnya .. lenguh kaki berjalan ...:))

Petang kerumah tok sedara kat Selayang ... malam balik ke Terengganu.

Perjalanan yang memenatkan dan mengembirakan .... iyerlah yang penting anak2 gembira ... maklumlah tak lama lagi skolah dah nak buka ... kesian lak sebab asyik memerap kat umah jer .... sekurang2nya .. terisi gak masa mereka dan jalan2 ni.

27/12/10 (Ahad)

Jam 5.00 pagi kami sekeluarga sampai ke Terengganu ..alhamdulilah perjalanan kami selamat .... semoga ada rezeki dan panjang umur .. tahun depan kami sekeluarga boleh jalan2 lagi .. aminnnn ...:))

































No comments: