Sunday, November 29, 2009

Banjir Taman Desa Pusu 3, Gong Badak

Air Longkang dah mula penuh ....

Petang 23/11 - air dah mula naik kat Taman


Budak2 kat Taman mulalah bermain air banjir ... termasuklah anak kzue .. (ez dan adik)


Petang air dah mula naik kat bahagian depan umah kzue


24/11 air dah paras lutut


24/11 - air semakin naik, pokok kesayangan kzue sempatlah diselamatkan

Adik didepan umah Abang Khusairi (jiran kzue yang kerja Bomba)

Hubby kzue dipilih utk menerima sumbangan daripada AmBank Group pada 26/11 -
Terima kasih AmBank

Adik sempat lagi posing sebelum memulakan pertandingan mewarna bagi kanak2 di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Komplek Gong Badak yang diadakan oleh pihak JKM

Tekunnya adik ... cat comel2 dik .. moga2 dpt hadiah ..hehehehe

kzue berada di Pusat pemindahan Banjir Sekolah Kompleks Gong Badak bermula pada 24/11 - 28/11 (5 hari). Seramai 33 keluarga yang berada disekolah tersebut dan yang selebihnya ramai yang balik kg dan menumpang di rumah sanak saudara.

ini adalah tahun ke 2 kzue dan keluarga beraya aidiladha di pusatpemindahan banjir. saper yang tak sedih ... bila takbir raya bergema .. kami semua ada di sekolah. Sepatutnya waktu itu kami semua berada di rumah masing2. memang menangis jugaklah .. tapi apakan daya ini semua ujian daripada Allah s.w.t utk kami. Insyallah akan ada hikmahnya utk kami semua .. amin.

di sekolah kzue sebilik dengan keluarga cikgu man dan kak zie (4 org anak) , keluarga abg li dan kak nor (2 org anak) , keluarga salina (3 orang anak) serta dan kzue dan hubby (2 org anak). memang riuh rendahlah suasana dlm bilik tu bila semua berkumpul ... tetapi kadang2 suka pun ada .. sbb kami bukan biasa boleh jumpa2 begini .. kerana masing2 sibuk ngan kerja dan duk dlm umah jer .. jarang boleh bersua muka. time2 mcm nie ..barulah boleh bersembang dan gelak ketawa. Keluarga2 yang lain tinggal di beberapa bilik lagi serta ada satu dewan jugak digunakan.

Terima kasih banyak2 kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), JKK Taman, pihak Sekolah Kompleks Gong Badak, AmBank Group yang memberikan Hamper kepada kami mangsa2 banjir, Y.Bhg Dato' Nasir (yg turun padang melihat keadaan mangsa2 banjir), Ustaz Ramli Nuh yang tak putus2 datang melawat kami kat pusat pemindahan banjir, penyedia makanan, sykt2 dan orang2 perseorangan yang memberi sumbangan kepada kami. Ribuan terima kasih banyak2 sekali lagi kerana membantu diwaktu kami semua berada di dalam kesusahan. hanya Allah sahajalah yang akan membalasnya.

No comments: