Tuesday, November 17, 2009

Demam ...

Minggu nie kzue satu family kena demam ...

kesian kat anak2 bila kzue sendiri yang demam ... sakit kepala .. dan batuk2 .. apa yang mampu kzue sediakan hanyalah nasi bubur sahaja .. nasib baik anak2 tak memilih makan .. diaorang tau umi diaorang demam. jadinya langsung tak ada komplen dari mereka semua....alhamdulilah.

Ez yang mula2 sekali demam diikuti hubby dan adik ... akhir sekali barulah kzue pulak yang demam. Biasalah ez kalau demam mesti meracau .. tu yang kzue takut sekali. hubby kzue sempatlah balik kg kejap cari daun bunga raya putih untuk di buat jeram kepala ez. Memang petua org tua2 kalau anak2 demam .. ambik beberapa helai daun bunga raya putih dan dicampurkan kedlm air, ramas hingga keluar lendir daun tadi .. dan dijeramkan dikepala. Ianya berkhasiat untuk menyejukkan kepala dan badan. Cubalah .....

Disamping jangan lupa pergi segera ke klinik berdekatan .. maklumlah sekrng ni macam2 penyakit timbul, terkini penyakit taun. Katanya ia berpunca daripada air ...Ya Allah, mintak jauhlah penyakit2 ini daripada keluarga kami.. amin


No comments: